Loading...
Cite Malaya

Disebabkan Call Tak Berjawab. Suami TERKEJUT Besar Bila Periksa Telefon ISTERI. RUPANYA…

Disebabkan Call Tak Berjawab. Suami TERKEJUT Besar Bila Periksa Telefon ISTERI. RUPANYA… | Kerjaya sebagai tentera membuatkan salim sering meninggalkan rumah demi menjalankan tugas. Salim tidak pernah merungut kerana itulah pilihan hidupnya sejak dirinya kecil lagi. Walau dirinya di hantar ke ceruk hutan mahupun lautan pun dia sanggup. Demi negara tercinta, berkorban nyawa pun dia sanggup.
askr
Namun dalam diam-diam, Salim tidak menyangka kepatuhannya kepada tugas membuatkan isterinya Zalina mula berlaku curang terhadap rumah tangga yang telah 5 tahun dibina. Bagaimana Salim mengetahui akan kecurangan isterinya itu?
Semuanya gara-gara SMS yang tersimpan di dalam telefon isterinya. Sebenarnya Salim tidak pernah mahu membaca SMS dalam telefon bimbit isterinya itu. Tetapi entah macam mana, pada suatu hari di kala Salim sedang berehat di rumah sebaik sahaja selesai balik dari tugasan di luar daerah, telefon isterinya berbunyi.
Pada mulanya Salim tidak mahu mengangkat telefon tersebut. Tetapi sebaik sahaja terpandang perkataan ‘ayang’ tertera di skrin telefon membuatkan hatinya keliru. Siapa pula ‘ayang’ ni. Sepanjang dia berkahwin dengan Zalina, isterinya itu tidak pernah memanggilnya ayang. Lagi hairan Salim memikirkannya.
Disebabkan rasa ingin tahu yang memuncak telah membuatkan Salim tekad untuk mengangkat telefon. Sebaik sahaja Salim mengangkat telefon dan mengucapkan hello, tiba-tiba penggilan terputus.
Hairan juga Salim dengan perbuatan si pemanggil itu. Tanpa berlengah masa, Salim pun mula mendail semula nombor telefon pemanggil misteri yang bernama ayang itu. Lama juga Salim menunggu, tetapi telefon tersebut tidak juga diangkat. Bosan menunggu membuatkan Salim meletakkan telefon.
SMS romantik dan berbaur Luc@h
Kecewa tidak dapat menelefon membuatkan Salim mengambil keputusan untuk membuka peti simpanan SMS telefon isterinya. Alangkah terkejutnya Salim apabila mendapati terdapat beberapa SMS dengan nama ayang di simpan di dalam peti simpanan SMS isterinya.
Tanpa berlengah, Salim terus membuka SMS yang paling atas sekali. Sebaik di buka dan Salim membaca apa yang ditulis, betapa marahnya Salim dengan ayat-ayat yang ditulis dalam SMS itu. Kemudian Salim terus membuka SMS-SMS yang lain. Lagi bertambah panas hatinya apabila membaca SMS itu. Bukan setakat ayat-ayat manis dan romantik malah kadangkala terdapat juga SMS berbaur luc@h didalam simpanan isterinya sanggup bermain kayu tiga dengan orang lain sepanjang perkahwinan meraka.
Rasa tidak puas hati telah membuatkan Salim pun mencari isterinya. Zalina yang pada ketika itu berada didapur memasak tiba-tiba terkejut dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba terkejut dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba marah tidak tentu pasal. Namun sebaik sahaja Zalina memandang telefonnya di tangan Salim, tiba-tiba mukanya berubah.
Salim perasan perubahan wajah isterinya itu. Situasi tersebut menguatkan lagi rasa perasaan syaknya terhadap isterinya. Tanpa membuang masa, segera Salim terus bertanyakan persoalan yang berlegar di fikirannya. Pada mulanya Zalina tidak menjawab tetapi disebabkan desakan bertalu-talu terpaksa berterus-terang.
Daripada cerita yang terkeluar dari mulut Zalina barulah Salim tahu bahawa isterinya telah lama mempunyai teman lelaki. Bertambah marah hati Salim mengetahuinya. Walaupun marah, dia cuba bertenang. Demi mendapatkan penjelasan mengapa isterinya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu, Salim pendamkan perasaan marahnya seketika.
Wajah Tampan Memikat
Menurut Zalina, akibat rasa sunyi ketika ketiadaan Salim membuatkan dia berkenalan dengan lelaki lain. Pada mulanya Zalina tidak pernah berniat untuk melakukan perbuatan tersebut tetapi wajah tampan lelakinya yang dipanggil Ayang itu membuatkan Zalina terpikat.
Sakit hati Salim mendengarmya. Kemudian Salim terfikir, setakat manakah kemesraan isterinya dengan teman lelakinya. Pada mulanya Zalina tidak tidak mahu menjawab. Tetapi setelah Salim mengugut akan memberitahu kepada ibu bapa Zalina membuatkan isterinya mengakui hubungan mereka sekadar teman biasa tetapi kadangkala disebabkan nafsu dan kesepian, mereka sering juga terlanjur.
Mendengarkan pengakuan Zalina itu hati Salim sudah tidak tertahan lagi. Pada mulanya dia mahu memaafkan isterinya kerana mungkin disebabkan kesepian dia mencari lelaki lain. Jika Salim berubah mungkin isterninya kembali kepadanya. Tetapi setelah mengetahui bahawa isterinya meakukan perbuatan terkutuk dengan teman lelakinya membuatkan Salim tanpa berfikir panjang terus mengambil keputusan meninggalkan isterinya pada ketika itu. Salim menceraikan isterinya dengan talak satu.
Terkedu Zalina dengan apa yang didengarnya keluar dari mulut Salim. Namun begitu nasi sudah menjadi bubur dan tidak ada apa yang boleh di lakukannya lagi bagi memohon kemaafan suaminya itu. sekian.. Kredit:-Virtualfriend

About Cite Malaya

Powered by Blogger.