Loading...
gengsensasi

Cedera Ditetak Lelaki Tidak Dikenali


KUCHING, SARAWAK - Pengarah urusan sebuah syarikat swasta cedera ditetak dengan parang oleh seorang individu yang tidak dikenali, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.07 pagi di Jalan Padungan, mangsa, Adrian Ling Yew Huang, terpaksa berlari ke sebuah restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan. 

Video mangsa yang cedera di bahagian tangan kanan dan dibantu oleh pekerja sebuah restoran itu menjadi viral di media sosial. 

Lapor Harian Metro, mangsa ditetak individu yang tidak dikenali sebelum suspek melarikan diri kerana bimbang kejadian disedari orang ramai di kawasan tersebut. 

Lapor Sarawak Edition, mangsa cedera di bahagian tangan kanan dan belakang badan akibat ditetak dengan parang selain kehilangan darah yang banyak.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Kuching yang dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - The Reporter

About Cite Malaya

Powered by Blogger.