Loading...
kisahbenar

Rumah Penuntut Malaysia Di Kaherah Di Rompak & Diacukan Parang!

Rumah Penuntut Malaysia Di Kaherah Di Rompak & Diacukan Parang!| KUALA LUMPUR: Tujuh penuntut Malaysia di Mesir kerugian kira-kira RM20,000 selepas dirompak sekumpulan tujuh lelaki kulit hitam, dipercayai warga Afrika di rumah sewa mereka di Kaherah, Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) itu, dua daripada penuntut yang menyewa rumah di Hayyu Aser, Bawabat 2, Kaherah, sibuk melayan kunjungan lima rakan di ruang tamu.

Seorang daripada mangsa, Muhamad Akmal Ali, 21, berkata pintu rumah tiba-tiba ditendang sebelum semua suspek termasuk empat bersenjatakan parang meluru masuk. “Suspek mengarahkan kami masuk ke dalam sebuah bilik sebelum mengikat saya dan rakan selain mengugut supaya menyerahkan wang dan barang berharga.

“Ketika di dalam bilik, empat suspek bersenjata mengawal kami manakala tiga yang lain menyelongkar seluruh rumah dan mengambil wang tunai kami,” katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Akmal yang menuntut di Universiti Al Azhar dalam jurusan Bahasa Arab, berkata suspek melarikan diri kira-kira 45 minit kemudian selepas merompak wang tunai, komputer riba, tablet, telefon bimbit, pasport dan beberapa barang berharga lain.

“Kami dapat melepaskan diri selepas seorang rakan melonggarkan ikatan sebelum menghubungi rakan lain dan membuat laporan polis. “Berdasarkan maklumat pihak polis, suspek berkemungkinan warga Sudan atau Somalia yang tinggal di kawasan pelarian berhampiran kediaman kami,” katanya. Beliau berkata, semua mangsa adalah penuntut di Universiti Al-Azhar dan Universiti Fayoum.

Sumber:BHOnline

The post Rumah Penuntut Malaysia Di Kaherah Di Rompak & Diacukan Parang! appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.