Loading...
kisahbenar

Mengapa Perlu Rahsiakan Identiti Sebenar Pemandu Wanita Tersebut ???

Mengapa Perlu Rahsiakan Identiti Sebenar Pemandu Wanita Tersebut ???| Kuala Lumpur: “Sejak bila mengayuh basikal pada jam 3 pagi secara beramai-ramai dan berada berkumpulan di atas jalan raya adalah kesalahan mengikut Akta Pengangkutan dan Peraturan Lalu Lintas. “Isu yang dipersoalkan sekarang adalah kes kemalangan yang mengorbankan lapan nyawa. Persoalan remaja mengayuh basikal pada awal pagi mungkin isu sosial yang perlu ditangani secara berasingan.”

Demikian pandangan Pengamal Undang-Undang, Datuk Seri Zulkifli Noordin berhubung kemalangan yang mengorbankan lapan penunggang basikal remaja di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, minggu lalu. Zulkifli berkata, wujud beberapa persoalan yang perlu dijawab pihak berkuasa terutama berhubung pemandu kereta wanita yang merempuh sekumpulan penunggang basikal berkenaan.

“Saya meneliti gambar kawasan tragedi dan melihat rempuhan itu berlaku di tepi jalan sebelah kiri. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat jelas menunjukkan ia adalah satu rempuhan dari belakang yang kuat sehingga mengorbankan lapan remaja. “Ada juga dakwaan daripada saksi kejadian bahawa pemandu wanita itu memandu secara laju menuruni bukit terbabit. Dakwaan ini seharusnya disiasat secara terperinci oleh polis (walaupun sudah dinafikan polis),” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan polis merahsiakan identiti pemandu wanita itu kerana merasakan tiada ancaman keselamatan yang membolehkan pihak berkuasa berbuat demikian.“Saya tidak bermaksud untuk membela aktiviti remaja ini tetapi isunya sekarang adalah siapa yang harus dipersalahkan,” katanya.

Sumber: HarianMetro

The post Mengapa Perlu Rahsiakan Identiti Sebenar Pemandu Wanita Tersebut ??? appeared first on KISAH BENARKU.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.