Loading...
TC

Doktor Halang Kim Kardashian Hamil Anak Ke-3 Kerana Risiko Kematian

Kim Kardashian atau lebih dikenali dengan panggilan Kim K tidak boleh menambah cahaya mata kerana dilarang oleh doktornya.

Memetik portal hiburan E!, doktor menasihatkan Kim K untuk tidak hamil lagi kerana dia mempunyai beberapa masalah yang akan memberi risiko kepada dirinya dan bayi yang dikandungkan sehingga boleh membawa kematian.

“Sebenarnya saya mahukan anak yang ramai tetapi doktor menasihati saya untuk tidak hamil kerana tidak selamat untuk saya dan bayi,” katanya dalam program Keeping Up With The Kardashians.

Kim K mempunyai dua orang cahaya mata, North, 3, dan Saint, 1, hasil perkahwinnya bersama penyanyi rap, Kanye West serta dia berniat untuk menambah lagi cahaya mata kerana mahu mempunyai keluarga yang besar.

Ibunya, Kris Jenner juga tidak mahu Kim K melahirkan zuriat kerana tidak mahu dia mengalami sebarang masalah yang boleh membahayakan nyawa anaknya itu.

The post Doktor Halang Kim Kardashian Hamil Anak Ke-3 Kerana Risiko Kematian appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.