Loading...
TC

Lelaki Hilang Rupanya Ditelan Ular Sawa

Lelaki berusia 25 tahun dari Sulawesi, Indonesia yang hilang dijumpai maut ditelan seekor ular sawa sepanjang empat meter.

Mangsa, Akbar Salubiro dilaporkan hilang pada 26 Mac selepas keluar bekerja di ladang sawitnya jam 9 pagi pada hari kejadian.

Akbar kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah keesokan harinya dan satu pencarian dilakukan oleh warga kampungnya.

Hasil pencarian itu berjaya menemui seekor ular sawa kekenyangan di laman belakang rumah Akbar dengan perut agak besar.

Pelik dengan saiz perut reptilia itu yang luar biasa besar, warga kampung itu bertindak membelahnya dan mendapati sekujur tubuh kaku di dalamnya.

Menerusi video berdurasi dua minit, dapat dilihat warga kampung membelah perut ular sawa tersebut dan mendapati mayat Akbar lengkap berbaju dan seluar pendek.

Video Ular Sawa Berjaya Ditangkap Kerana Menelan Seorang Lelaki.. Kejadian Berlaku Di Negara JiranBaca Berita Penuh http://ift.tt/2odubbw Page Kami Untuk Dapatkan Video Viral Dan Berita Paling Terkini.Ikuti Twitter Wartawan Jalanan: https://twitter.com/W_Jalanan

Dikirim oleh Wartawan jalanan pada 27 Maret 2017

Menurut jiran Akbar iaitu Satriawan, “Dia ditemui di laman rumahnya.

“Akbar keluar untuk memungut kelapa sawit dan dilaporkan tidak pulang ke rumah, warga kampung keluar mencarinya.”

Setiausaha kampung, Salubiro Junaidi pula memberitahu, warga kampungnya ada mendengar teriakan pada malam Akbar hilang sebelum ditemui dalam perut ular sawa berkenaan.

“Apabila reptilia ditangkap, jelas kelihatan but yang dipakai Akbar pada perut ular sawa tersebut.

“Warga kampung bertindak memotong perut ular sawa itu dan mendapati Akbar sudah tidak bernyawa.”

Isteri Akbar; Munu tiada di rumah sewaktu kejadian dan hanya mendapat perkhabaran mengenai suaminya menerusi gambar dan video yang tersebar di laman media tempatan.

Akbar meninggalkan seorang isteri dan dua anak.

The post Lelaki Hilang Rupanya Ditelan Ular Sawa appeared first on The Coverage Edisi BM.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.