Loading...
TR

'Macam besar sangat isu 30 sen ditambah pada 1 bungkusan air'


KUALA LUMPUR - Viral gambar resit bayaran minuman (18 Julai 2017) yang didakwa mengenakan caj bayaran 30 sen bagi pelanggan yang memesan air bungkus ikat tepi. 

Bagaimanapun, wakil kedai tersebut, Anita, tampil memberikan penjelasan mengenai caj extra 30 sen. 

"Biar saya jelaskan bagi semua orang faham. Dalam keadaan ekonomi sekarang, 30 sen itu tidak membawa apa-apa nilai. Di depan saya ada dua gelas air. Di sebelah kanan, untuk pelanggan yang minum di kedai, manakala yang di sebelah kiri adalah untuk dibungkus.


"Perbezaan kedua-dua gelas ini adalah kuantiti air. Agar anda lebih faham, air di sebelah kanan untuk minum dituangkan ke dalam beg plastik. Dan anda boleh nampak banyak mana jumlah airnya disediakan. 

"Dan yang gelas air sebelah kiri adalah untuk dibungkus dan ini adalah tanpa ais. Inilah jumlah airnya tanpa ais. Nampak? Sama banyak, kan? Tetapi sekejap, kita tambah ais untuk air bungkus ikat tepi. 

"Bukannya apa, macam besar sangat isu 30 sen ditambah pada satu bungkusan air. Pada kami, 30 sen means nothing sebab kami dah bagi value yang lebih, value added. Saiz gelas yang besar dan amaun yang lebih. Jumlah airnya jadi banyak seperti ini. 

"Bezakan dengan air untuk diminum dengan air yang dibungkus. Lihat perbezaannya, jangan terlalu mudah untuk membuat penilaian dan terlalu mudah untuk menjatuhkan orang lain kerana ini tidak adil kepada kami," jelas Anita. 


Sementara itu di media sosial, netizen menolak penjelasan itu dan menganggap video itu sebenarnya tidak menjelaskan apa-apa. 

"Isunya sekarang bukan kuantiti air, tetapi caj 30 sen yang dikenakan dalam resit tertulis 'Ikat tepi'. Video ini tidak menjelaskan apa-apa pun," kata Irwan Mukhbar

"Bukan masalah 30 sen yang dibangkitkan, tetapi caj 'ikat tepi' yang dipertikaikan. Cuba dalam bil itu tidak menunjukkan caj ikat tepi dan harga air terus dikenakan pada harga RM3.80, tentu pelanggan tidak akan mempertikaikannya. 

"Ini tidak, nak juga caj ikat tepi. Kalau caj ikat penuh macam mana pula? Itulah, caj saja air bungkus, senang kerja. Orang pun tak bising," kata Mat Wan

Bagaimanapun, Burn Abu Bakar berkata ramai yang salah faham mengenai penjelasan Anita. 

"Korang salah faham. Sebenarnya caj 30 sen bukan caj sebab dia bungkus tetapi caj sebab kuantiti bungkus memang lebih dari minum di situ. Kalau minum di kedai mamak, itu memang biasa harga minum dengan bungkus lebih mahal. Takkan tak perasan? Aduhai, bukalah kedai sendiri, barulah tahu tentang kos," katanya. 

Nuerule pula berpendapat, caj 30 sen yang dikenakan itu memang wajar kerana plastik yang digunakan itu juga dibeli dengan wang, bukannya diperolehi secara percuma. 

"Plastik itu, ingat percuma ke? Sudahlah rakyat Malaysia ini pemalas, jenis buang sampah merata-rata. Sampah plastik itu tau kan bahaya, bukan jenis biodegrasi. Kemudian jenis pemalas nak praktikal recycle. Eloklah tu kena caj, baru reti nak hargai. Bawalah botol air sendiri ke lepas ni," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.