Loading...
TR

'Tolong viralkan, cari pemandu Honda Jazz itu' - Suami isteri hancur & patah kaki dilanggar lari


Assalamualaikum. Saya mohon perkara ini diviralkan kerana ingin menuntut keadilan dan rasa perikemanusiaan insan. 

Pada Rabu, 26 Julai 2017 elbih kurang jam 8.15 pagi, kami dalam perjalanan mencari rezeki demi sesuap nasi dari Kajang ke Kuala Lumpur. Namun berlaku kejadian yang tidak diduga. 

Akibat dari langgar lari oleh seorang manusia yang tidak dikenali di Jalan Cheras Loke Ye, saya, Azlin, patah paha kiri dan patah kaki kanan. Manakala suami, Mohd Helmi, hancur tulang kaki kiri, saraf dan ligamen kaki kiri rosak. 

Selain itu saya turut mengalami kecederaan di bahagian lutut kaki kiri dan suami pula cedera di bahu kanan dan belakang badan kerana dihimpi oleh sebuah kereta Honda Jazz berwarna kelabu (cermin sisi kiri kereta tersebut masih ada dalam simpanan kami) sehingga kami terjatuh ke bahu jalan. 





Manusia yang tidak berhati perut dan tiada perasaan itu agaknya memandu sambil bermain telefon bimbit. Sudahlah melanggar kami, dan dia membiarkan kami begitu sahaja tanpa mempedulikan kami yang berguling di bahu jalan. Malah dia tidak memberhentikan kenderaannya langsung. 

Kami manusia, bukan binatang  dan kami ada anak untuk ditanggung. Fikirkanlah atas dasar kemanusiaan dan rasa tanggungjawab. Kami gagal mendapatkan nombor plat kereta tersebut.

Kami merayu agar mana-mana pihak boleh membantu sekiranya ada rakaman kamera di dalam kereta ataupun pihak-pihak yang mengetahui sama ada jiran, kawan ataupun saudara mara yang mengenali pemandu kereta tersebut, sila hubungi saya segera.



Pemandunya agak melampau dan tidak membantu kami yang terlantar di bahu jalan. Malah tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan mereka terlepas begitu sahaja.

Jiwa kami tidak tenang sekiranya individu berkenaan tidak menerima balasan setimpal oleh kerana jika tidak berlaku kepada kami, ia akan berlaku kepada orang lain. Jika salah, mengaku salah. Kalau fikir tak salah, kenapa mesti melarikan diri begitu sahaja tanpa sebarang belas kasihan? 

Kami ada anak untuk disara kehidupannya. Kami perlukan keadilan yang sewajarnya.

Sumber: Alyn Kecik

About Cite Malaya

Powered by Blogger.