Loading...
TR

Teruja nak bantu sampai rakan sendiri jadi 'mangsa' keadaan


Viral di media sosial, video seorang penunggang motosikal memarahi seorang pemandu kereta yang telah melanggarnya sebelum melarikan diri.

Berdasarkan video berdurasi 47 saat itu, pemandu lelaki berusia lingkungan 30-an itu kelihatan ketakutan apabila dimarahi mangsanya dan kerap kali mengulangi bahawa dia meminta maaf. 

Difahamkan, pemandu terbabit melarikan diri setelah melanggar mangsa menyebabkan mangsa terpaksa mengejarnya sejauh lima kilometer. 


"Apa? You lari lima kilometer, kita kejar sama you tau."

"Ey! Jangan pukul orang la," 

"You lari apsal? You tak ada minta maaf sama kita? Kalau kita mati tadi, you mau jawab apa?"

"Sabar, sabar.." 

"Sabar apa?! You lari lima kilometer, kita hambat you." 

"Okay sorry, sorry. Saya tau, saya tau." 

"Apasai you tarak berhenti? You sudah langgar kita ini macam, you lari. Apasai?" 

Bimbang diapa-apakan oleh mangsa, lelaki itu kemudian meminta bantuan dari penunggang motosikal di laluan motosikal. 

"Tolong! Tolong! Dia nak apa-apakan saya," katanya. 


Namun mangsa menjelaskan lelaki itu telah melanggarnya sebelum melarikan diri. Penunggang motosikal itu kemudian meminta mangsa bersabar, bertenang dan berbincang elok-elok. 

Entah bagaimana, tiba-tiba penunggang motosikal itu tiba-tiba meninggalkan motosikalnya dan menyebabkan rakannya terjatuh bersama motosikal tersebut. Penunggang terbabit terkejut lalu bergegas berlari mendapatkan rakannya itu.


Di media sosial, netizen melahirkan rasa simpati terhadap pembonceng berkenaan kerana tidak semena-mena menjadi mangsa keadaan yang tidak sepatutnya. 

"Mula-mula aku fokus pada pemandu itu duk melambai-lambai tangan. Sampai part terakhir, terus hilang fokus. Uncle ini memang win, aku rasa dua mamat itu terus dia diam terus tak tahu nak terus gaduh ke nak gelak. Hahaha!" 

Semoga pembonceng berkenaan tidak mengalami kecederaan yang serius.

About Cite Malaya

Powered by Blogger.