Loading...
TR

'Ya, sayalah dalam video viral itu' - Fathia Latiff


Pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih dikenali dengan nama Fathia Latiff hari ini mengaku bahawa dia adalah wanita yang berada dalam video Bigo Live yang dirakam oleh telefon bimbit pelakon baharu, Natasha Elyzza, yang viral di media sosial baru-baru ini.

"Itu adalah saya," kata Fathia, memetik laporan dari New Straits Times hari ini. 

Tetapi, artis berusia 30 tahun itu menjelaskan bahawa, video yang menampakkan aurat dirinya itu bukan dirakam untuk dipertontonkan kepada umum.

"Saya dan beberapa rakan berada di villa yang disewa. Sesi menari itu hanya di antara saya dan rakan-rakan perempuan dan kami menari di dalam bilik mandi," jelasnya yang masih lagi terkejut bila mendapati video tersebut viral di media sosial. 

"Sudah tentu saya berasa malu dengan apa yang telah berlaku. Siapa yang mindanya masih waras mahu menunjukkan sebahagian tubuh badannya kepada seluruh dunia?" katanya dengan gementar dan menahan emosi. 


Jelas Fathia, ketika dia dan rakan-rakannya sedang 'berseronok', dia tidak menyedari video mereka dirakam menerusi aplikasi Bigo Live, yang juga boleh diakses oleh orang ramai, kerana dia menyangka video itu hanya boleh ditonton oleh rakan-rakan terdekat sahaja. 

"Saya tidak pernah mendengar aplikasi itu sebelum ini," katanya.

Namun dua jam yang lalu, Fathia memuat naik kenyataan memohon maaf kerana menunjukkan contoh yang tidak baik kepada umum. 

"Saya minta maaf dan tidak sengaja menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang ramai. Saya tidak sedar video itu bocor. Saya minta maaf. Semoga Tuhan mengampuni dosa-dosa saya. Tasha tidak bersalah, dia masih dalam proses pembelajaran juga. Tolong jangan salahkan dia.


Sebelum ini dalam kenyataan awal Natasha Elyzza berkata, dia memohon maaf di atas kelakuannya yang tidak sepatutnya itu sehingga dikecam hebat oleh netizen. Namun jelasnya, dia berpakaian seksi kerana mahu pergi ke kolam renang dan dalam masa yang sama, sempat membuka aplikasi Bigo Live. 

"Saya akui itu salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi dalam video itu. Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu," katanya. 

Natasha juga menafikan dakwaan netizen kononnya rakannya yang mirip pelakon wanita terbabit adalah Fathia Latiff.

"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya dan wajahnya mirip Fathia," katanya. 


Fathia juga sebelum ini melalui laman video live di Instagramnya meminta orang ramai tidak memfitnahnya. 

"I'm still learning about Islam, I'm still learning about god and I am being honest to you guys and don't fitnah me. It's not right to fitnah me. 

"Saya still learning and I hope you guys understand. I hope you guys pray for me and don't fitnah me," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.