Loading...
TR

Kantoi curang, suami tembak isteri hamil 3 kali selepas mangsa enggan kembali ke pangkuannya


THAILAND - Seorang anggota tentera ditahan  kerana sengaja menembak mati isterinya yang hamil di sebuah pasar raya selepas wanita itu menuntut cerai daripadanya, lapor Daily Mail. 

Sirinporn Chumboonchu, 40, tidak tinggal bersama suaminya, Pichet, 41, sejak awal bulan Oktober selepas mendapati lelaki itu mempunyai perempuan simpanan. 

Mangsa lari dari rumah mereka di Kanchanaburi, Thailand, dan pulang ke rumah keluarganya sejauh 400 kilometer di wilayah Udon Thani.

Tetapi Pichet telah mengekori Sirinporn ke Udon Thani dan ketika menemui isterinya yang sedang menolak troli di sebuah pasar raya pada jam 2 petang lalu tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. 



Gagal mengawal kemarahan, Pichet kemudian menembak isterinya dari belakang sebanyak tiga kali di hadapan pengunjung pasar raya tersebut kerana mangsa enggan kembali bersama dengannya lagi, dalam kejadian Jumaat lalu. Mangsa dilaporkan telah meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.

Pichet juga mengalami kecederaan di dada akibat tertembak dirinya sendiri. Polis percaya lelaki itu bukan cuba membunuh diri tetapi terkena tembakan ketika cuba mengeluarkan peluru yang tersekat. 

Seorang kanak-kanak lelaki, Kumpoon Poonitanitrat, 7, cedera di kaki akibat terkena peluru sesat dan seorang pembantu kedai, Phothisawan Rudda, 32, juga cedera di bahagian dada, yang kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Udon Thani. 



Menurut saksi, Tung Kottanasorn, berkata, apabila Pichet melepaskan tembakan, ramai yang menjerit ketakutan, selain melarikan diri dan ada juga yang meniarap di lantai. 

"Semua orang menjerit. Ada yang lari dan ada yang meniarap di lantai. Ada beberapa individu yang berlari ke arah mangsa dan cuba menyelamatkannya dengan mengepam dadanya," katanya. 

Sirinporn disahkan meninggal dunia di hospital tidak beberapa lama selepas kejadian itu. Manakala suaminya dijangkakan akan pulih dalam masa terdekat dan berada di bawah pengawasan pihak polis di hospital. 


Inspektor Col Suchat Uthayo berkata, anggota tentera itu telah ditahan atas dakwaan membunuh dan membawa senjata api di tempat awam. 

"Kami akan mendakwa suami mangsa kerana sengaja membunuh isterinya dan juga membawa senjata api di tempat awam. 

"Suspek menggunakan pistol automatik 9mm dan punca pergaduhan mereka adalah kerana si isteri tahu Pichet mempunyai wanita simpanan. 

"Mangsa tidak mahu kembali kepadanya dan mangsa mahu terus tinggal bersama keluarganya serta menuntut cerai dari suspek," katanya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.