Loading...
TR

(Video) Tragedi parti harijadi, api sambar wanita dan kanak-kanak perempuan


Sambutan ulangtahun kelahiran sepatutnya meriah, namun tidak bagi dua individu ini apabila majlis bertukar menjadi tragedi dan pastinya membuatkan kedua-duanya trauma untuk jangka masa panjang. 

Viral di media sosial baru-baru ini, video seorang wanita dan kanak-kanak perempuan menyambut ulangtahun kelahiran masing-masing pada waktu dan lokasi berbeza dan tidak dinyatakan

Dalam kejadian pertama, kanak-kanak perempuan berkenaan diraikan dalam majlis yang meriah dan dihadiri oleh keluarga dan saudara maranya. Kek yang disediakan juga istimewa dimana ia menggunakan firework candle, menambahkan lagi keterujaan kanak-kanak berkenaan.

Selesai saja nyanyi lagu selamat ulang tahun tamat, kanak-kanak itu disembur dengan birthday spray string. Mangsa cuba mengelakkan semburan itu dari terkena matanya.

Keadaan menjadi teruk apabila si perakam video berkenaan menyembur penyembur tersebut di atas firework candle lalu menyebabkan api menyambar kepala mangsa yang kemudian meraung ketakutan.

Panik melihat kejadian itu, ibu bapa mangsa segera memadamkan api itu dari terus membakar kepala mangsa.


Dalam kejadian kedua, kelihatan wanita yang diraikan duduk di sofa dan salah seorang rakannya datang membawa kek untuk diletakkan di meja di hadapannya.

Pada masa yang sama, beberapa rakan mereka menyembur birthday spray string ke arah dua wanita terbabit tanpa menghiraukan api dari lilin yang disusun di hujung depan meja tersebut, menyebabkan api terus menyambar dua wanita berkenaan terutamanya wanita yang memegang kek tersebut.


Tidak diketahui bagaimana keadaan kedua-dua mangsa. Namun, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan tidak menggunakan bahan-bahan mudah terbakar atau yang boleh mendatangkan kemudaratan bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

Sambutlah hari ulang tahun kelahiran anda dengan sederhana, apa yang penting, bersyukur kita masih diberi peluang bernafas sehingga ke hari ini. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.