Loading...
TR

'Dah larang, diorang kencing juga di tempat ambil wudhuk'


Dua lelaki yang didakwa sebagai pelancong dari negara China dirakam membuang air kecil di tempat mengambil wudhuk menimbulkan rasa kurang senang netizen. 

Kejadian itu berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara, Petaling Jaya pada jam 5.19 petang hari ini. 

Menurut sumber, dua individu berkenaan pada awalnya telah dilarang oleh awam daripada berbuat demikian, namun mereka berdegil dan membuang air kecil di tempat mengambil wudhuk. 

Ekoran dari kejadian itu, orang awam terpaksa meminta bantuan dari Polis Bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak MRT. 

Melalui laman Twitter, pihak Rapid KL telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya. 

About Cite Malaya

Powered by Blogger.