Loading...
Cite Malaya

Diperdaya Oleh ‘Abang’..Remaja 16 Tahun Parah DiR0g0l 5 Lelaki !!!

Diperdaya Oleh ‘Abang’..Remaja 16 Tahun Parah DiR0g0l 5 Lelaki !!! |Kampung Raja Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menerima nasib malang apabila didakwa menjadi mangsa rogol oleh lima lelaki di Kampung Keluang dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa yang bekerja di sebuah kedai makan di sini dirogol secara bergilir-gilir Hingga parah oleh suspek di sebuah rumah di kampung tersebut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bapanya mengambilnya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.
Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 10 pagi, ketika mangsa berada di sebuah kedai tempat kerjanya, dia telah menerima panggilan telefon daripada abang angkatnya.
“Mangsa kemudiannya pergi berjumpa dengan lelaki itu di pantai Bukit Keluang kira-kira jam 12 tengahari.
“Sejam setengah kemudian, datang dua lelaki yang merupakan rakan kepada abang angkat mangsa dengan sebuah kereta Perodua Myvi,” katanya kepada pemberita.
Mohd Zamri berkata, abang angkatnya kemudian dikatakan telah meminta dua rakannya itu menghantar mangsa pulang ke tempat kerja di Kampung Raja.
Kredit : EBerita

About Cite Malaya

Powered by Blogger.